Ex-boyfriend

Masa sedang seronok bercinta, rasa seperti dunia ni macam kau orang yang punya kan. Syurga habis. Tak ada yang tak sempurna. Sempurna belaka. Kita boleh jadi bodoh giler dek kerana cinta. Pehh, macam nak kena hadas! Oh maaf, bukan nak kata aku sedang dilamun cinta sekarang, cuma pembuka bicara.

Sedang hidup dalam keadaan tidak berapa nak setabil ni, ramai pulak ex ex ex boyfriend tidak diundang muncul dalam hidup. Ada yang menelefon tetengah malam sampai ke pagi buta. Menghantar beberapa pesanan ringkas. Kadang-kadang tu rasa macam nak saja balas pesanan-pesanan dan panggilan dari diorang, tapi mungkin bukan jenis aku suka nak melayan orang jadi aku biarkan saja.

Bila masa diri tengah gundah-gulana, orang yang paling kita harap-harapkan tentulah pasangan kita right?? Begitu juga aku. Tapi bilamana kita mengharapkan orang yang kita harap, orang yang tidak boleh diharap pula yang datang mengharap. Ah come on shima, kau ni dah kenapa ayat macam bangla tercekik bawang!!! hahaha

Okay okay senang cerita bila dah jadi macamni, ex ex ex boyfriend ni semua hanya buat kita berasa annoying. Jadi, berhenti lah mengacau aku. Oh ya, aku bukan tak nak berkawan, tapi aku dah tak berminat untuk menjadi kawan. Mungkin itu prinsip aku, bila dah bercinta kemudian putus dan cuba untuk kembali berhubung bukanlah sesuatu dari kemahuan aku. Cukup lah sampai situ. Aku tak contact kau, kau pun WAJIB tak contact aku. Okay? Deal?

# kau bajet hot macam kau ada ramai bekas bekas bekas kekasih je kan. dang!!
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment