Puan Rasmah Bt. Haji Othman. Emak.

Puan Rasmah.
Assalammualaikum wbt.

Selama setahun aku menyepi tak mengupdate blog. Baru sekarang aku berkesempatan untuk update entry baru. Sumpah dalam hati, sungguh berat hati ini untuk update entry kali ini. Mungkin dah terlambat untuk aku cerita mengenai emak, tapi tidak terlambat untuk aku kongsikan pada semua orang mengenai permergian emak.

Awal tahun 2012.

Kehidupan mak seperti biasa, tiada sakit sakit, mungkin mak sakit tapi biasa la sakit orang tua. Mak mengadu sakit kepala, sakit kaki, sakit lutut. Walaupun mak mengadu sakit kaki dan lutut, tapi mak selalu buat kerja rumah. Kemas bilik, kemas dapur, memasak, basuh baju, potong rumput, beri kucing makan, semua kerja rumah buat semua mak buat. Mak tak pernah mengeluh. Mak rajin, sangat rajin. Kalau aku ada dirumah, balik cuti hujung minggu atau cuti semester, kadang-kadang aku selalu juga tolong mak buat kerja. Tapi biasa la aku, anak perempuan bongsu dirumah, nak kena mak suruh baru nak buat, nak kena mak membebel, bising-bising baru nak angkat punggung buat kerja. Kalau tidak, harapan. Teruk kan aku. Tapi tidak juga, aku tidak lah seteruk yang disangka, tanpa mak buka mulut minta aku buat itu ini, aku dengan sendiri akan buat. Memang itu kerja harian semasa aku kecil lagi. Bangun tidur, aku akan kemas rumah, sapu sampah, basuh baju.

Dalam bilik, aku tidur dengan mak. Yes, aku tidur dengan mak. Tak kisah kau orang nak cakap aku anak mak atau apa, dah memang aku anak emak, aku anak abah. So, who cares? Aku tidur sebilik dengan mak di master bedroom dan abah pula tidur di bilik aku. Mesti tertanya-tanya kenapa abah tidur di bilik aku kan? Tak perlu aku cerita. Kadang-kadang, mak mengadu sakit kepala dan sakit lutut. Jadi, aku lah yang urut kepala mak, aku akan urut kaki mak setiap malam. Memang mak akan minta tolong aku urut, sebab sejak kecil juga, aku rajin dan pandai urut orang. Aku urut keluarga aku jela, urut biasa biasa. Begitu lah hari-hari setiap malam, kalau mak minta aku urut, aku akan urut. Begitu juga aku, selalu mengadu sakit kepala, dengan kaki kiri aku yang injured dilutut, aku akan minta tolong mak untuk urutkan. Kalau aku demam, dengan mak juga la aku akan mengadu. Mak jaga aku. Mak tak pernah mengeluh. 

Pertengahan tahun.

Lebih kurang dalam bulan 6. Mak selalu demam demam. Mak akan demam, bila masuk waktu maghrib sampai subuh. Selepas subuh sehingga matahari terbenam, mak sihat seperti biasa. Masuk maghrib, mak mula tak sedap badan, katanya sejuk satu badan, tengah malam, mak mengadu sejuk, tapi bila aku rasa badan mak, panas. Begitu juga dengan hari hari berikutnya. Pelik. Pergi klinik Dr cakap demam biasa. Selepas beberapa hari mak sihat seperti biasa. Tapi kadang kadang mak berasa tak sedap badan juga.

Bulan 8.

Bulan Ramadhan. Dalam sebulan berpuasa, mak masih demam demam. Walaupun mak tak sihat, kerja rumah mak tak pernah abaikan. Bulan puasa aku tak dapat berpuasa bersama sama dengan keluarga dirumah, sebab aku masih di UniKL sehingga sehari sebelum esok nak raya, aku dapat berbuka bersama dengan mak abah dan si dia. Seperti biasa, malam tu mak berasa tak sedap badan. Selalunya, malam raya rendang ayam dan rendang daging kitaorang dah siap masak, tapi memandang rumah takde orang, akak abang tak balik lagi dan keadaan mak yang tak sihat, jadi abah decide masak pagi raya. Pagi raya, mak masih tak sihat, masih demam, tapi mak tetap ke dapur tolong kupas bawang, buat itu ini. Selalunya, memang setiap tahun aku akan masak rendang daging, akak masak rendang ayam, mak cuma sediakan badan bahan dan rempah rempah yang perlu untuk kitaorang masukkan nanti. 

Pagi raya seperti biasa juga, keluarga berkumpul, makan bersama sama. Raya tahun ini, semua keluarga aku ada. Maksud aku, adik beradik aku semua ada. Kalau tahun lepas, keluarga Cheie dan keluarga Kak Jue takde, sebab beraya di belah keluarga lagi satu. Untungnya kali ini, semua adik beradik aku ada. Selalunya juga, raya pertama sedara mara sebelah abah akan berkumpul di rumah kitaorang. Kemudian, baru konvoi ke rumah sedara mara lain, tapi tidak pada raya kali ini. Kali ini, kitaorang decide pergi ke kampung abah. Raya pertama mak hanya dirumah, mak tak sihat, demam. Tak larat katanya untuk keluar beraya. Jadi, mak tinggal dirumah. Sejak raya ini juga lah, mak selalu demam. Abang bawa ke klinik, Dr kata demam biasa. Pelik? Kenapa selalu demam? Sebulan Syawal, mak masih demam, mak kurang selera makan.

Bulan 10.

Raya haji. Pertama kali dalam hidup, mak tak pernah tak masak rendang pagi raya, tapi kali ini, mak tak masak. Mak tak larat. Jadi, aku, akak dan kakak ipar yang masak pagi itu. Abang bawa mak ke klinik, Dr kata mak kena Tonsil. Rupanya, selama mak demam, mak mengidap tonsil. Ada orang cakap, kalau kena tonsil, memang badan akan berasa nak demam. Sejak itu, mak kurang lagi selera makan, susah bagi mak untuk telan sesuatu makanan sebab bengkak tonsil. Kesian mak. Setiap malam tidur tak lena. Badannya sejuk, tapi bila kita pegang, panas yang amat. Mak menggigil kesejukan. Kadang, mak mengadu sejuk,sejuk. Walhal, sudah aku selubungkan mak dengan selimut. Mak minta aku himpit badannya bagi panas. Mak minta aku gosok gosok badan mak agar panas. Satu malam aku tak tidur. Jaga mak. Aku penat, mengantuk. Ada juga aku mengeluh, tapi demi mak, aku jaga dan bersabar. Jaga orang sakit perlukan kesabaran. Jadi aku bersabar. 

One week mid break, aku balik rumah. Walaupun aku cuti, tapi kena study. Kerja aku banyak, dalam pada itu aku kena jaga mak. Malam malam mak tak pernah lena akibat demam dan sejuk. Banyak kali mak keluar masuk hospital. Masuk air. Lepas masuk air, dua tiga hari mak sihat macam biasa. Kemudian demam mak jadi semula. Cuti seminggu aku habiskan masa menjaga mak. Berat sungguh hati aku nak balik hostel tinggalkan mak. Walaupun ada kakak ipar menjaga, tapi mak hanya selesa dengan aku untuk menjaganya. Macamanapun aku terpaksa pulang, dengan perasaan yang sangat berat. Aku risau melihat keadaan mak. 

Banyak kali mak pergi klinik dan hospital. Hospital HUKM, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya. Demam mak makin menjadi, jadi abah decide bawa mak pergi Hospital HUKM. Mak kena tahan wad. Kemudian mak masuk wad CCU. Dr. cek keadaan mak, rupanya mak mengidap Thyroid. Lama mak kena tahan di HUKM. Sebulan mak disana. Keadaan mak beransur pulih. Berbotol air masuk dalam badan mak. Di HUKM, kak cik banyak jaga mak. Mak masih kurang berselera, mak nak makan, mak takboleh nak telan. Sakit katanya. Mungkin bengkak tonsil. Badan mak susut teruk. Kurus kering. Sedih. Aku kesian tengok keadaan mak. Kadang kala aku menangis, jatuh airmata aku melihat mak menahan sakit. Aku tak sanggup tengok mak keadaan begitu.

Sebulan di HUKM, mak minta untuk pulang ke rumah. Sehari dua mak dirumah, mak okay. Kemudian, demam mak menjadi balik. Dirumah mak tak makan, hanya minum. Itupun seteguk dua. Mak tak ada selera. Mak lapar, aku tahu mak lapar. Mak teringin nak makan, tapi takboleh. Sesuap dua bubur aku suapkan pada mak, kemudian mak muntahkan semula. Begitu juga hari hari yang seterusnya. Mak tak makan, abang belikan susu untuk mak. Badan mak susut. Teramat susut. Tinggal tulang. Ya Allah, betapa pedihnya hati aku melihat keadaan mak. Mak mengadu sakit perut. Pedih katanya. Perlahan lahan aku urut perut mak. Selama mak sakit, mak hanya terbaring di katil di bilik aku. Bilik yang abah selalu tidur. Mak hanya mampu terbaring. Mengiring ke kiri dan mengiring ke kanan. Payah untuk mak bangun gerak ke bilik air. Dengan bantuan, aku pimpin mak ke bilik. Mandi, berak kencing mak semua di atas katil. Mak pakai pampers. Berak kencing mak, semua aku yang lakukan. Kalau ada kakak kakak dan kakak ipar aku, mereka lah yang akan tolong bersihkan mak. 

Awal bulan 12.

Aku habis final, terus cuti semester. Sebelum aku habis paper yang terakhir, rupanya mak telah masuk Hospital Putrajaya. Disana, kakak ipar aku yang jaga. Hari pertama aku cuti, aku terus jaga mak di hospital. Pagi petang siang malam aku bersama mak. Aku tidur di dalam wad. Baring sebelah mak. Minta kebenaran Dr untuk jaga dan temani mak. Ada juga abah datang melawat dari pagi sampai petang. Makan minum ubat mak semua aku jaga. Makan pagi, tengahari, petang, malam mak, semua mak tak makan. Mak sesudu dua. Kemudian muntah. Aku yang makan makanan mak. Entah la. Kadang, aku berasa geram, nak marah sebab mak langsung taknak makan. Mak taknak paksa diri untuk lawan sakit dia. Aku yang menjadi nak marah. Kadang, ada juga terlepas perasaan tertinggi suara, tapi aku marah untuk kebaikkan mak. Kesian mak. Kita tak rasa apa yang mak rasa, sebaliknya dia pula yang kena. Maafkan orang mak.

Kesian mak, hari hari kena cucuk ambil darah. Sampai dah tiada tempat lagi Dr nak cucuk untuk ambil sample darah. Tangan mak lebam lebam akibat dicucuk. Sejak di HUKM lagi, tangan mak selalu dicucuk. Antara sebab mak taknak pergi hospital kalau kami sekeluarga ajak adalah sebab inject ambil darah. Sudah la mak sekeping, Dr pula sibuk nak ambil darah. Setiap kali Dr. ambil darah, setiap itu la mak akan menangis menahan sakit. Pada saat itu, aku tak sanggup tengok mak jerit nama aku. Hanya Tuhan tahu, apa yang aku rasa. Seminggu aku jaga mak di dalam wad. Tidur malam mak tak pernah lena. Lepas maghrib badan mak mula sejuk, Malam malam mak mesti mengigau. Kadang, dalam tidur mak sebut, ma ma. Aku tak pasti sama ada mak sebut aku, ma (Shima) atau ma, nenek (mak). Kadang, dalam sedar tak sedar pun, mak suruh aku buat ini, mak panggil aku ma. Selalunya, mak panggil aku adik. Entahla, aku abaikan saja. Satu hari, aku tinggalkan mak sekejap sebab nak solat zuhur. Balik dari selesai solat, aku tengok ramai nurse keliling katil mak. Mak sesak nafas. Katanya mak, nafasnya singkat. Tarik nafas tak sampai.

Sejak tu, mak pakai oxigen. Malam tu,  Dr. cek mak. Dr. nak jumpa abah. Ada sesuatu yang perlu diberitahu katanya. Aku tak sedap hati, tapi aku diamkan saja. Kak Jue ada juga malam tu, jadi abah dan akak yang dengar apa Dr. nak beritahu. Dari riak wajah abah dan akak, aku pasti, sesuatu yang buruk akan terjadi. Aku tanya akak, tapi akak minta aku tanya abah sendiri. Dengan tanpa berkata kata, aku terus tanya abah. Abah beritahu, bakteria telah merebak ke dalam paru paru dan jantung mak. Itu yang menyebabkan mak sesak nafas. Dr. juga beritahu, kena pasang tiub saluran  mesin pernafasan dalam mulut mak. Dr. akan tebuk dan akan mengalami risiko, dalam badan mak akan bleeding. Kalau tak buat, mak akan sesak nafas. Kalau buat pun, mak akan bleeding. Terus menitik satu persatu airmata aku. Dari jauh, aku dah nampak merahnya mata Kak Jue menahan dari menangis depan mak. Terus, akak sms adik beradik, sedara mara rapat pasal keadaan mak. 

Malam tu, ramai sedara mara datang melawat mak. Selama mak di hospital pun, selalu juga sedara mara melawat mak. Begitu juga semasa mak di HUKM. Malam tu, aku sedih sangat. Airmata aku tak henti henti mengalir, tapi depan mak aku terpaksa cover. Aku sedih, sedara mara yang datang malam itu, seperti melawat mak untuk kali terakhirnya. Sehingga satu dua pagi, masih ada keluarga belah mak dan abah datang melawat mak. Malam tu, mak tak boleh tidur. Langsung tak boleh tidur sebab nafas mak yang pendek. Walaupun mak pakai oxigen, mak masih terasa nafas pendek. Tak lama kemudian, mak mengadu sakit perut. Sakit sangat katanya. Aku urut perlahan lahan perut mak. Tapi mak masih terasa sakit. Tengahari dan petang tu, berak dan kencing mak semakin berkurang. Malam pampers mak tak basah. Mak tak keluar angin. Berkali kali aku sapukan minyak gamat dan minyak angin, tapi mak sikit pun tak sendawa atau keluar angin. Dalam pada mak sakit perut, tak lama mak mengadu mak tak nampak. Penglihatan mak gelap tiba tiba. Ya Allah, dugaan apa lagi kau berikan pada mak dan aku Ya Allah. Aku panic bila mak cakap mak tak nampak. Berkali kali aku tanya, mak nampak tak sekarang, mak nampak tak lagi? Tak lama lepas tu, mak kembali nampak. Aku tanya " mak kenapa? " " Mak tak nampak apa apa tadi dik, gelap sangat tadi, balas mak" 

8/12/2013

Tengahari sebelum mak kena sesak nafas, pagi tu mak sihat seperti biasa. Aku bersihkan mak, bagi mak makan bubur, dudukkan mak, exercisekan kaki mak. Mak pun rancak berborak dengan jiran katil depan dan katil sebelah. Makcik sebelah pun cakap, pagi tu mak ceria pagi tu, boleh berbual bual, senyum, bergelak tawa dengan diorang. Makcik tu pun suka tengok keadaan mak pagi tu. Tup tup, tengahari mak sesak nafas. Pagi ni, mak akan tukar ke wad CCU untuk memasukkan tiub bagi saluran pernafasan mak. Mak ada berbual dengan abah. Mak cakap mak takut, mak risau. Abah bagi kata semangat, abah beritahu, insyaAllah takde apa apa, jangan risau. Tak sempat aku nak hantar mak ke wad CCU, tak sempat juga aku nak bagi kata semangat pada mak sebab aku tengah mandi pagi tu. Adik beradik lain yang tak balik rumah, diorang tunggu dibawah. Mak dah dibawa ke CCU. Wad CCU dan ICU sebelah sebelah. Kedua dua wad itu hanya 2 orang yang boleh masuk, itupun ada masa masanya untuk masuk melawat. 

Kak Jue sampai, abah ajak aku dan akak masuk sekejap. Tengok keadaan mak. Ya Allah, betapa aku kesian melihat mak seorang diri di dalam. Airmata tak berhenti mengalir. Sakit hati menahan sebak. Wad CCU tak seperti wad wad biasa. Hanya ada beberapa wad. Memang wad khas seorang untuk pesakit. Memang tiada ruang menunggu. Memang tiada pintu untuk ditutup. Macamana aku nak berhenti menangis, sedang dari dalam wad mak memanggil manggil nama aku. Ya Allah, aku tak sampai hati tengok keadaan mak. Mak nak aku jaga dia dan aku juga nak jaga mak, tapi tak boleh. Dr. tak benarkan sebab di CCU atau di ICU, memang tiada siapa dibenarkan untuk menjaga pesakit. Aku minta akak cepat keluar dari situ sebab aku betul tak sampai hati tengok mak. Aku risau, mak memang tak akan duduk diam di sana. Mak akan resah gelisah kalau tiada orang disamping dia. Di CCU dan ICU memang pesakit dijaga rapi. Ramai nurse nurse yang akan menjaga pesakit kritikal disana.

9/12/2013

Dari pagi hingga petang, dari semalam sehingga harini. Ramai sedara mara, kawan kawan mak abah yang datang melawat. Tiub saluran pernafasan mak belum dilakukan lagi. Mak masih menggunakan oxigen biasa. Seperti biasa, mak nak aku yang jaga dia walaupun, masa tu Kak Jue yang jaga mak sekejap. Mak tetap nak suruh aku tukarkan pampers dia walaupun dia tahu, Kak Jue boleh buat semua itu. Pagi sampai tengahari harini pun masih ramai yang datang melawat mak. Aku bergilir dengan Kak Jue jaga mak. Kali ni, aku yang jaga. Sesaat aku jaga, Tuhan yang tahu apa perasaan aku ketika itu. Sebak. Teramat sebak. Tapi aku tahan depan mak. Seorang seorang keluarga datang tengok mak, beri kata semangat, suruh mak mengucap. Aku yang di tepi mak, hanya mampu menangis. Sampai la selepas asar, keadaan mak tidak seperti selalu. Mak dah mula cakap merapu. Kata orang mulut mak dah telo, cakap dah pelat. "Tuhan, kau kuatkan lah mak. Tabahkan mak Ya Allah." Hanya itu yang mampu aku lakukan ketika itu. Hanya berdoa, berdoa dan teruskan berdoa.

Bila semua suruh mak mengucap, mak mengucap. Banyak kali mak mengucap. Istigfar. Petang tu, tiada siapa boleh melawat lagi. Dr. mula masukkan tiub untuk saluran pernafasan. Sejak itu, mak koma. Tiada lagi gerak badan mak, tiada lagi kata kata yang keluar dari mulut mak, tiada lagi senyuman dan gelak tawa dari mak, yang ada hanya naik turun nafas dari dada mak. Semua ahli keluarga datang bacakan Yasin untuk mak. Bisik ditelinga mak selawat Nabi, khalimah syahadah dan ayat ayat Al-Quran agar tidak diganggu syaitan. Surah Yasin dimainkan terdengar kuat di dalam wad mak. Memang pada setiap pesakit yang sedang dalam kritikal dipasang surah Yasin disitu. Keadaan mak memang sangat tipis. Setiap jam, blood pressure mak akan menurun, pernafasan mak semakin lama semakin berkurang. Mak betul betul bergantung pada mesin saluran pernafasan. Kalau mesin pernafasan itu dihentikan, serta merta jantung mak berhenti. Tapi atas nasihat Dr. biarlah nafas mak berhenti sendiri. Dr. juga berpesan agar ahli keluarga bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Mak koma since petang, sampai tengahari esoknya.


10/12/2012

Tepat pukul 12 tengahari. Mak hembuskan nafasnya yang terakhir. Aku berada disamping mak semasa mak hembuskan nafas terakhir. Abang aku Cheie turut ada bersama. Bagai nak pitam. Seperti gelap sementara pandangan aku. Hanya DIA maha mengetahui apa perasaan aku ketika itu. Menangis airmata darah sekalipun, mak tetap tidak akan kembali. Aku terima ujian ini daripadaMu Ya Allah. Kini aku kehilangan emak tercinta dan tersayang. Tiada lagi pesanan pesanan emak buat aku. Tiada lagi kata kata semangat mak buat aku. Tiada lagi bebelan bebelan mak buat aku. Tiada lagi peluk cium mak buat aku. Semuanya TIADA lagi. 

Selamat dikebumikan selepas Asar. Alhamdulillah.

It's hard to accept all of what was happened. Sampai sekarang aku masih terbayang bayang saat aku bersama mak. Sesaat pun aku tak pernah lupa. Selain keluarga, kekasih hati, Allah swt, tiada siapa yang paling aku sayang kecuali Emak. She is everything to me. Walaupun aku banyak buat dosa dengan mak, aku tak pernah lupa doa untuk mak. No one can replace you mom. I really really miss you! Miss you so bad! Apa saja yang buat, orang mesti teringat mak. Bila orang ingat mak, mesti orang kan menangis. Taktahu nak cakap apa, tapi orang sangat sangat rindukan mak!!

People always ask me, " be strong dear, be patient, semoga tabah, sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau." Yes i am, i do all of that but deep inside you never knew what i feel. It's hurt. Really really hurt. And of the word, shima sayang dunia dan akhirat, semoga arwah mak tenang disana. :')

Category: 3 comments